Pada 9 Mei 2018, rakyat Malaysia memilih Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baru.

Harapan Meter ialah satu inisiatif kolaborasi terbuka rakyat untuk memantau prestasi PH berdasarkan manifesto pilihanraya mereka.

52
4
0
0
30
0
1
2
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
117
1
1
0
4
5
1
0
Sedang Berjalan Janji 1 1. Kerajaan Pakatan Harapan akan menghapuskan GST yang zalim ini dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang lebih adil Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 02. Para petani akan dibantu untuk membolehkan mereka mengakses teknologi tinggi, terutamanya di sektor penanaman padi, sayuran, bahan mentah, ayam, daging dan perikanan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 03. Dalam dua tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan, kami akan memberi penekanan terhadap makanan ruji utama negara iaitu beras. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 04. Monopoli yang diberi oleh UMNO dan Barisan Nasional kepada BERNAS akan dihapuskan dan kerajaan akan memastikan penyeliaan dilakukan secara holistik di setiap peringkat rantaian pengeluaran beras. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 05. Untuk membela nasib para pesawah, Kerajaan Pakatan Harapan akan mengawal kemasukan beras import dan mengambil tindakan tegas terhadap penyeludupan beras. Kawalan sempadan akan diperketatkan dan manamana anggota pengawal yang terlibat dengan kegiatan penyeludupan haram akan dikenakan tindakan disiplin yang serius. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 06. Kami akan mewujudkan mekanisme aduan di Kemeterian Pertanian untuk membolehkan petani yang merasakan dirinya dianiaya oleh mana-mana pihak boleh membuat bantahan secara terus. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 07. Pemberian subsidi akan diuruskan oleh agensi kerajaan yang sesuai dan bukan lagi oleh syarikat berkepentingan seperti BERNAS. Mekanisme dan kadar subsidi harga padi akan disemak segera untuk memastikan adil kepada petani. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 08. Pemberian bantuan akan dibuat dalam bentuk tunai kepada mereka yang layak untuk membolehkan mereka memilih sendiri baja dan benih yang berkualiti dan sesuai dengan keperluan sawah masing-masing. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 09. Kerajaan Pakatan Harapan akan melindungi dan menjaga kebajikan para petani, penternak dan nelayan dengan memperkenalkan satu skim perlindungan Takaful demi menjamin masa depan mereka. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 10. Kerajaan Pakatan Harapan akan menyediakan bantuan untuk menjamin pendapatan petani, penternak dan nelayan apabila musibah sebegini melanda. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 11. Stok penimbal getah akan diwujudkan untuk memastikan kestabilan di pasaran. Start the discussion!
Belum Mula Janji 10 12. Kerajaan Pakatan Harapan akan membanteras manipulasi orang tengah ke atas petani, penternak dan nelayan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 2 1. Mengambil tindakan segera untuk menstabilkan harga barangan keperluan asas dan mengawal faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga Start the discussion!
Belum Mula Janji 2 2. Kerajaan akan bekerjasama secara proaktif dengan pihak pembekal untuk memastikan bekalan barang-barang sentiasa mencukupi, terutama di musim perayaan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 2 3. Monopoli yang dimiliki oleh syarikat-syarikat seperti BERNAS dalam pengeluaran beras, ASTRO dalam sektor penyiaran, dan lain-lain lagi, akan dikaji semula. Start the discussion!
Belum Mula Janji 2 4. Mengurangkan kadar duti eksais kereta import yang berperingkat bagi kereta pertama dengan enjin bersaiz di bawah 1600 cc. Ini untuk membolehkan pembelian kereta pertama dilakukan dengan harga lebih rendah. Untuk mengelakkan salah guna, hanya satu kereta yang layak bagi satu isi rumah yang berpendapatan di bawah RM8,000 sebulan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 2 5. Kerajaan akan memberikan tanggungjawab kepada Bank Negara Malaysia untuk merangka strategi terbaik untuk mengembalikan nilai Ringgit kembali ke potensi sebenarnya dalam masa 3 tahun. Start the discussion!
Belum Mula Janji 3 1. BRIM: Mereka yang layak menerima BR1M akan terus menerima bantuan dan proses pembayaran akan dipastikan bebas daripada diskriminasi atau pengaruh politik kepartian. Kerajaan Pakatan Harapan akan memperbaiki sistem ini agar pengurusan dan pemberiannya lebih setara. Start the discussion!
Belum Mula Janji 3 2. Skim bantuan bersasar akan memberi keutamaan kepada rakyat berpendapatan paling rendah di kawasan luar bandar, terutamanya di negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Sabah, serta kawasan-kawasan FELDA dan FELCRA. Skim ini akan diperluas ke seluruh negara secara berperingkat melalui jentera kerajaan dan badan kebajikan yang tulin, bukan melalui parti politik Start the discussion!
Belum Mula Janji 3 3. ROYALTI MINYAK: Negeri-negeri pengeluar minyak dan gas akan diberi royalti atau nilai bersamaan yang sewajarnya. Kezaliman UMNO dan Barisan Nasional yang memberi dana berdasarkan perkiraan politik akan dihentikan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 3 4. ROYALTI MINYAK: Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 01. Mereka yang sekarang sedang menyewa (rumah) akan diberi peluang untuk berhijrah ke skim sewa milik sekiranya mereka layak. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 02. Kerajaan Pakatan Harapan akan menetapkan satu had masa untuk projek perumahan disiapkan agar tiada syarikat (pemaju gergasi) yang menyimpan tanah perumahan tanpa diusahakan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 03. Insentif juga akan diberikan kepada pemaju kecil dan sederhana Bumiputera dan bukan Bumiputera agar mereka boleh bersaing dengan lebih sihat dengan syarikat pemaju gergasi. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 04. Kerajaan PH juga akan merombak rancangan PR1MA agar tidak wujud lagi eksploitasi oleh syarikat-syarikat pemaju kroni yang mendapatkan tanah kerajaan dengan harga murah, tetapi meraih keuntungan tinggi dengan membina hanya sedikit rumah mampu milik. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 05. Untuk mempertingkat pemilikan rumah di kalangan Bumiputera, Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan dan mempermudahkan proses pembinaan rumah mampu milik di atas tanah-tanah waqaf, dengan cara memberi insentif kepada Majlis- Majlis Agama Islam Negeri-negeri bekerjasama dengan pemaju swasta. Ini akan menambah bilangan rumah mampu milik yang menyasarkan masyarakat Muslim. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 06. Kerajaan Pakatan Harapan juga akan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mempermudah proses penukaran status tanah sekiranya pemaju mencadangkan pembinaan rumah mampu milik. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 07. Insentif cukai akan diberikan kepada syarikat perumahan yang memfokus kepada perumahan mampu milik, terutamanya dengan menggalakkan penggunaan teknologi terkini seperti Industrialised Building System (IBS) agar kos dapat dikurangkan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 08. Majlis Perumahan Mampu Milik Kebangsaan akan diwujudkan untuk menyatukan gerak kerja semua agensi yang berkaitan di bawah satu bumbung, dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 09. Membina satu juta rumah mampu milik dalam masa dua penggal pentadbiran Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 10. Menyelenggara satu pengkalan data terbuka rumah mampu milik yang belum terjual, untuk mengelak penyembunyian maklumat oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 11. Menyelenggara program sewabeli rumah mampu milik untuk golongan M40 dan B40, serta program khas “rumah mampu sewa” untuk mereka yang layak, terutamanya daripada golongan anak muda. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 12. Menyelaras perancangan dengan institusi perbankan agar akses kepada pinjaman perumahan untuk pembelian rumah pertama boleh diperluaskan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 4 13. Mengambil alih penyelenggaraan perumahan kos rendah demi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh penduduk. Start the discussion!
Belum Mula Janji 5 1. KERETA PERTAMA: Kerajaan akan mengurangkan kadar duti eksais kereta import yang berperingkat bagi kereta pertama dengan enjin bersaiz di bawah 1600 cc agar pembeliannya dapat dilakukan dengan harga lebih rendah. Start the discussion!
Belum Mula Janji 5 2. PTPTN: Pelajar yang cemerlang dan juga pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah akan diberikan diskaun bayaran yang setimpal ataupun hutang PTPTN akan dilupuskan seluruhnya. Start the discussion!
Belum Mula Janji 5 3. KELUARGA: Kerajaan akan memperkenalkan insentif perkahwinan seperti yang diamalkan di oleh pentadbiran kami di Selangor. Ini akan membantu pasangan muda berumur di bawah 35 tahun dalam perkahwinan pertama mereka. Start the discussion!
Belum Mula Janji 5 4. PTPTN: Insentif cukai akan dberi kepada majikan yang membantu membuat bayaran balik tanpa memotong gaji pekerja terbabit. Start the discussion!
Belum Mula Janji 5 5. Kerajaan akan mengusahakan agar mobiliti graduan dimasukkan sebagai salah satu daripada agenda Komuniti Ekonomi ASEAN. Ini akan untuk membolehkan graduan Malaysia meneroka peluang pekerjaan di negara-negara ASEAN yang lain. Start the discussion!
Sedang Berjalan Janji 5 6. Mengurangkan harga internet jalur lebar sehingga separuh daripada kadar sekarang, tetapi meningkatkan kelajuannya sebanyak dua kali ganda. Start the discussion!
Sedang Berjalan Janji 6 1. Menghapuskan kutipan tol Start the discussion!
Belum Mula Janji 7 1. Kerajaan akan memberikan subsidi minyak pada kadar yang sesuai setiap bulan kepada golongan yang layak untuk kegunaan motorsikal 125 cc ke bawah dan kereta 1300 cc ke bawah. Satu kuota yang sesuai akan ditetapkan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 8 1. Syarikat-syarikat bas yang mahu mendapat konsesi bagi laluan yang membawa keuntungan akan diwajibkan menyediakan perkhidmatan di laluan yang kurang padat. Start the discussion!
Belum Mula Janji 8 2. Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkukuh hak para pemandu e-hailing, dan pada waktu yang sama memastikan hak dan kebajikan para pemandu teksi juga turut terjaga Start the discussion!
Belum Mula Janji 8 3. BAS SEKOLAH: Mengurangkan kos bayaran lesen bas sekolah Start the discussion!
Belum Mula Janji 8 4. PENGANGKUTAN AWAM: Memperkenalkan secara berperingkat skim pas pengangkutan bulanan dengan kos RM100 sebulan sahaja yang akan membolehkan penggunaan pelbagai jenis pengangkutan awam dengan satu pas Start the discussion!
Belum Mula Janji 8 5. PENGANGKUTAN AWAM: Pertambahan 10,000 unit bas awam di seluruh negara dalam penggal pertama pentadbiran Start the discussion!
Sedang Berjalan Janji 9 1. Memastikan peruntukan kewangan bagi Kementerian Kesihatan dinaikkan kepada 4 peratus daripada KDNK dalam penggal pertama pentadbiran Start the discussion!
Belum Mula Janji 9 2. SKIM PEDULI SIHAT: Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkenalkan Skim Peduli Sihat, iaitu seperti yang telah dilaksanakan di Selangor, ke seluruh negara. Skim ini memperuntukkan RM500 setahun untuk keluarga B40 untuk melawat klinik swasta bagi rawatan asas (primary care). Start the discussion!
Belum Mula Janji 9 3. KEPERLUAN KHAS: Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah peruntukan dan memberi insentif untuk penglibatan syarikat swasta dan badan-badan kebajikan untuk merawat penyakit jarang berlaku (rare diseases), terutamanya di kalangan golongan kurang berada, dan untuk membantu keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas. Start the discussion!
Belum Mula Janji 9 4. PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT: Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit. Ini termasuk pencegahan, pengesanan awal penyait berkenaan, serta memberikan rawatan penyakit barah. Ini memerlukan strategi dan kerjasama pelbagai sektor dan lapisan masyarakat, termasuk perancangan bandar, pengangkutan awam, perundangan industri makanan dan sebagainya. Start the discussion!
Belum Mula Janji 9 5. Lebih banyak sumber kerajaan akan disalurkan kepada penjagaan kesihatan mental melalui hospital-hospital awam, terutamanya dari segi sumber manusia dan juga melalui perlindungan insurans. Start the discussion!
Belum Mula Janji 9 6. VAKSINASI: Kerajaan juga akan menyediakan vaksin pneumokokus (pneumococcal vaccination) secara wajib untuk semua kanak-kanak di bawah umur 2 tahun iaitu seperti yang dilakukan oleh banyak negara lain. Start the discussion!
Belum Mula Janji 9 7. PESAKIT TERMINAL: Untuk menangani isu rawatan pesakit terminal, insentif akan disediakan untuk penubuhan pusat penjagaan paliatif (palliative care) di seluruh negara. Start the discussion!
Belum Mula Janji 9 8. HOUSEMEN / BAKAL DOKTOR: Kerajaan Pakatan Harapan akan mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya menyediakan plan terperinci untuk menyelesaikan masalah doktor-doktor muda atau houseman yang terpaksa menunggu terlalu lama. Peluang pendidikan dalam bidang perubatan akan diteliti untuk memastikan bilangan pelajar perubatan dan juga bilangan biasiswa atau pinjaman yang diberikan adalah selaras dengan kapasiti dan keperluan doktor dalam negara. Penajaan untuk belajar di luar negara akan diberi hanya untuk universiti yang menepati piawaian yang sewajarnya. Start the discussion!
Belum Mula Promise 10 01. Kerajaan Pakatan Harapan akan menilai semula Dasar Keselamatan Makanan Negara dan mewujudkan satu dasar yang lebih baik dengan cara memanfaatkan teknologi pertanian moden yang terkini. Start the discussion!
Belum Mula Janji 11 01. Kerajaan Pakatan Harapan akan menubuhkan semula, secara tetap, Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat, iaitu seperti Majlis yang seumpamanya yang pernah wujud pada zaman Almarhum Tun Abdul Razak. Ini akan membolehkan usaha memupuk hubungan antara kaum dan agama yang harmoni boleh dibincang secara bersama dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 11 02. Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi galakan kepada universiti-universiti awam untuk memperbanyak kajian dan perkongsian nasional dan antarabangsa mengenai kesultanan Melayu agar sejarah ketamadunan Melayu dapat dikongsi di persada dunia. Start the discussion!
Belum Mula Janji 11 03. Muzium Diraja di Istana Negara lama akan dinaik taraf menjadi Muzium Pendidikan Kebangsaan, dan kerjasama akan dijalin dengan universiti awam untuk mengaktifkan kegiatan kajian, penerbitan dan pendidikan, melalui seminar dan persidangan secara berkala, tentang institusi Raja-Raja Melayu. Kerjasama juga akan dijalin dengan muzium diraja negara-negara lain agar berlaku percambahan fikiran dan perkongsian ilmu tentang peranan penting institusi beraja dalam semak imbang negara demokrasi. Start the discussion!
Belum Mula Janji 11 04. Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan tanah-tanah rezab Melayu dilindungi dan semua tanah rezab Melayu yang telah ditukar status diganti semula dengan tanah yang nilainya sama atau lebih tinggi. Start the discussion!
Belum Mula Janji 11 05. Syarikat-syarikat milik kerajaan yang terpilih akan dipersediakan untuk dibeli oleh pengurusan (management buy out) agar peratus pemilikan ekuiti Melayu dan Bumiputera meningkat. Start the discussion!
Belum Mula Janji 11 06. Prestasi dan pencapaian agenda memartabatkan maruah bangsa Melayu dan Islam akan dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen setiap tahun agar kerajaan sentiasa bertanggungjawab kepada rakyat keseluruhannya. Kedudukan ekonomi Melayu akan dibentangkan dalam ucapan belanjawan setiap tahun supaya kerajaan boleh dipertanggungjawabkan secara terbuka. Start the discussion!
Belum Mula Janji 12 01. Tempoh jawatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja. Start the discussion!
Berjaya Ditunaikan Janji 12 02. Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 12 03. Menurunkan bilangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada 3 orang sahaja Start the discussion!
Belum Mula Janji 12 04. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengurangkan bilangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan cara memindahkan seberapa banyak agensi yang mungkin ke kementerian yang berkaitan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 12 05. Menurunkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri daripada lebih RM17 bilion kepada RM8 bilion Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 1.1 Suruhanjaya siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci dan berasingan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 1.3 Suruhanjaya siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci dan berasingan penyelewengan wang rakyat melalui MARA Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 1.4 Suruhanjaya siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci dan berasingan penyelewengan wang rakyat melalui Tabung Haji. Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 2.1 Struktur pentadbiran 1MDB juga akan dikaji semula untuk memastikan wujud semak imbang yang efektif. Para pemegang jawatan akan dipastikan terdiri daripada golongan professional dan bukan mereka yang mempunyai kepentingan politik. Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 2.2 Struktur pentadbiran FELDA juga akan dikaji semula untuk memastikan wujud semak imbang yang efektif. Para pemegang jawatan akan dipastikan terdiri daripada golongan professional dan bukan mereka yang mempunyai kepentingan politik. Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 2.3 Struktur pentadbiran MARA juga akan dikaji semula untuk memastikan wujud semak imbang yang efektif. Para pemegang jawatan akan dipastikan terdiri daripada golongan professional dan bukan mereka yang mempunyai kepentingan politik. Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 2.4 Struktur pentadbiran Tabung Haji juga akan dikaji semula untuk memastikan wujud semak imbang yang efektif. Para pemegang jawatan akan dipastikan terdiri daripada golongan professional dan bukan mereka yang mempunyai kepentingan politik. Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 3.1 Pelaburan-pelaburan yang meragukan di luar negara yang telah dibuat oleh 1MDB akan dihentikan dan kekayaan negara akan dibawa kembali ke tanah air untuk memastikan ia tidak dicuri oleh ahli politik dan golongan kleptokrat yang tidak bertanggungjawab. Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 3.2 Pelaburan-pelaburan yang meragukan di luar negara yang telah dibuat oleh FELDA akan dihentikan dan kekayaan negara akan dibawa kembali ke tanah air untuk memastikan ia tidak dicuri oleh ahli politik dan golongan kleptokrat yang tidak bertanggungjawab. Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 3.3 Pelaburan-pelaburan yang meragukan di luar negara yang telah dibuat oleh MARA akan dihentikan dan kekayaan negara akan dibawa kembali ke tanah air untuk memastikan ia tidak dicuri oleh ahli politik dan golongan kleptokrat yang tidak bertanggungjawab. Start the discussion!
Belum Mula Janji 13 3.4 Pelaburan-pelaburan yang meragukan di luar negara yang telah dibuat oleh Tabung Haji akan dihentikan dan kekayaan negara akan dibawa kembali ke tanah air untuk memastikan ia tidak dicuri oleh ahli politik dan golongan kleptokrat yang tidak bertanggungjawab. Start the discussion!
Belum Mula Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 01. Kerajaan Pakatan Harapan akan menaikkan taraf SPRM kepada sebuah suruhanjaya yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan, iaitu sama seperti kedudukan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Start the discussion!
Belum Mula Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 03. SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri. Start the discussion!
Belum Mula Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 03. Untuk memastikan semak imbang yang efektif, bilangan Pesuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempuyai jaminan pelantikan tetap (security of tenure). Start the discussion!
Mungkir Janji Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 04. Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen. Start the discussion!
Belum Mula Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 05. Kerajaan Pakatan Harapan akan menyemak semula Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Perlindungan Saksi 2009, untuk melakukan penambahbaikan yang perlu. Start the discussion!
Belum Mula Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 06. Akta Kebebasan Maklumat akan digubal, dan peruntukan kewangan akan diberikan untuk melaksanakan akta baru ini. Start the discussion!
Belum Mula Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 07. Semua Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan pegawai kerajaan berpangkat JUSA C ke atas akan diwajibkan membuat pengisytiharan aset dan pendapatan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 08. Menjadi ahli Open Government Partnership yang kini dianggotai oleh 70 negara di seluruh dunia. Start the discussion!
Mungkir Janji Janji 15: Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara 01. Peguam Negara akan dilantik dari kalangan ahli parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan. Start the discussion!
Belum Mula Janji 15: Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara 02. Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian. Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang. Start the discussion!
Belum Mula Promise 13 1.2 Suruhanjaya siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci dan berasingan penyelewengan wang rakyat melalui FELDA Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 1.1 Sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja akan ditubuhkan untuk membedahsiasat FELDA secara keseluruhannya, dan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengembalikan semula maruah dan kegemilangan FELDA seperti yang diimpikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 1.2 Suruhanjaya (RCI) ini juga akan ditugaskan menyiasat semua kontrak dan perjanjian yang ditandatangani oleh FELDA, terutamanya yang membabitkan korporat kroni UMNO dan Barisan Nasional. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 1.3 Sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet akan ditubuhkan untuk menyelia pelaksanan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berkenaan. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 1.4 Sebagai langkah jangka panjang, Jawatankuasa Khas Kabinet ini juga agar diberi tanggungjawab mendengar secara langsung keluhan warga FELDA, mengenalpasti masalah-masalah yang mereka hadapi, serta mengkoordinasi penyelesaian yang perlu diambil oleh agensi-agensi kerajaan untuk mempertingkat kualiti kehidupan warga FELDA Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 1.5 Harta dan aset-aset FELDA yang diselewengkan akan diambil kembali melalui proses undang-undang yang sah. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 1.6 Untuk mengembalikan keadilan kepada peneroka, Kerajaan Pakatan Harapan akan meminda akta ini (Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok 1960) agar peneroka boleh membawa kes mereka ke mahkamah Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 2.1 FELDA akan disusun semula untuk membolehkan mereka memberi fokus kepada perniagaan teras FELDA, iaitu sektor perladangan, demi kesejahteraan peneroka dan keluarga mereka. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 2.2 Sistem pentadbiran FELDA akan dirombak agar suara peneroka boleh didengar secara rasmi di peringkat tertinggi pengurusan, dan memberhentikan lantikan berdasarkan kaitan politik ke dalam Lembaga Pengarah FELDA dan anak-anak syarikatnya. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 2.3 Kerajaan Pakatan Harapan akan serta merta mengkaji mekanisme untuk memastikan penambahbaikan mutu pengurusan ladang dan pengurusan hutang, menghapuskan orang tengah yang tidak perlu, lantas memastikan manfaat yang maksimum untuk peneroka. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 2.4 Jawatan Pengerusi FELDA terutamanya akan diberikan kepada individu yang mempunyai pengalaman yang relevan dan beramanah Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 3.1 Anak-anak FELDA yang berkelayakan akan diberi keutamaan dalam pelantikan ke jawatanjawatan yang sesuai dalam FELDA di semua peringkat dan dalam semua anak syarikat. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 3.2 Sekiranya kemasukan peneroka baru ke skim FELDA akan dibuka semula, Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkhaskan kemasukan tersebut untuk masyarakat Melayu dan Bumiputera berpendapatan rendah sahaja. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 3.3 Wang sara hidup untuk peneroka semasa penanaman semula akan dinaikkan sehingga jumlah maksimum RM2,000 sebulan sekiranya diperlukan oleh peneroka. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 3.4 At the same time, to ensure that settlers are not trapped in debt and unable to fulfil their basic needs, courses on financial management will be introduced to encourage them to take only subsistence loans which they can afford to repay. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 3.5 Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pembayaran hasil ladang dibayar kepada peneroka dalam jangka masa kurang daripada 45 hari setelah hasil dipungut, iaitu lebih cepat berbanding apa yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sekarang. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 3.6 Dividen yang diperolehi daripada pelaburan FELDA dan anak-anak syarikat FELDA akan digunakan untuk mengurangkan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh warga FELDA, termasuklah hutang tanam semula, hutang membaiki rumah, hutang membeli rumah, hutang “pendahuluan hasil” dan lainlain lagi. Matlamat kami ialah untuk melupuskan hutanghutang ini dengan seberapa segera, melalui langkahlangkah yang sesuai, termasuklah pelupusan 50 peratus daripada hutang sedia ada dan memperkenalkan skim pinjaman tanpa riba. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 3.7 Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi keutamaan kepada generasi kedua dan ketiga FELDA yang mahu membeli atau menyewabeli rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan atau syarikat-syarikat milik kerajaan di seluruh negara Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 4.1 Sebahagian lagi daripada dividen yang diperolehi daripada pelaburan FELDA dan anak-anak syarikat FELDA akan digunakan ntuk membina Bandar- Bandar Baru FELDA dan perumahan generasi kedua yang lengkap dengan kemudahan asas, internet dan fasiliti rumah kedai untuk mencipta peluang keusahawanan. Kemudahan aktiviti remaja dan anak muda juga akan disediakan, termasuklah menambah latihan kemahiran untuk mereka. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 4.2 Kerajaan Pakatan Harapan akan membina jaringan infrastuktur yang baik untuk menghubungkan gugusangugusan FELDA dengan pekan-pekan dan bandarbandar terdekat, untuk memastikan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih luas bagi anak-anak muda. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 5.1 Kementerian Pelajaran, dengan kerjasama FELDA dan anak-anak syarikatnya, akan diarahkan untuk bertindak segera memastikan sekolah-sekolah dalam kawasan FELDA mempunyai peralatan mengajar yang secukupnya. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 5.2 Kerajaan Pakatan Harapan akan menetapkan kuota khas bagi anak-anak FELDA di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 5.3 Kuota keutamaan juga akan diwujudkan di kolej-kolej kemahiran dan universiti-universiti awam untuk anakanak FELDA. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 5.4 Peluang biasiswa bagi anak-anak peneroka FELDA akan ditambah dan ia tidak terhad daripada peruntukan FELDA sahaja. Insentif akan diberikan untuk syarikat milik kerajaan dan penaja-penaja lain untuk memberi biasiswa dan bantuan pendidikan kepada anak-anak FELDA. Start the discussion!
Belum Mula 1. Warga Felda 5.5 Skim latihan teknikal dan vokasional akan diperluaskan untuk anak-anak FELDA, terutamanya dalam bidang agro-pelancongan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagai sumber pendapatan setiap generasi warga FELDA. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 01. Menyelesaikan masalah komuniti India yang tidak mempunyai status kewarganegaraan (stateless Indians) dalam tempoh 100 hari pentadbiran kami. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 02. Memastikan agensi perumahan negara menjadikan bantuan kepada keluarga India yang berkeperluan sebagai satu keutamaan, terutamanya untuk bekas pekerja ladang dan golongan B40. Mereka wajar mempunyai peluang memiliki rumah yang berkualiti dengan harga berpatutan, dan mekanisme bayaran pinjaman yang setara dengan kemampuan mereka termasuklah menggunakan skim sewa-beli. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 03. Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri akan meletakkan syarat kepada pemaju perumahan supaya di kawasan-kawasan yang mempunyai bekas pekerja ladang dari kaum India yang ramai, maka, pemaju berkenaan mestilah menjalankan usaha-usaha yang perlu untuk membina rumah mampu milik untuk mereka. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 04. Untuk memastikan kaum India mendapat peluang pendidikan yang baik, semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan infrastruktur di setiap SJKT akan dinaiktarafkan agar sama dengan kualiti di Sekolah Kebangsaan. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 05. Kerajaan Pakatan Harapan akan menubuhkan Sekolah Menengah Tamil dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 06. Untuk memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat India, Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah pelajar India di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan di Maktab-Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara. Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak India dari keluarga berpendapatan rendah, keluarga yang bekerja di ladang-ladang, dan mereka yang termasuk dalam kategori miskin bandar. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 07. Selain daripada SBP dan MRSM, Kerajaan Pakatan Harapan juga akan membuka lebih banyak ruang untuk anak-anak kaum India memasuki asrama di sekolahsekolah menengah harian, serta membina asrama baru agar kapasiti sekolah-sekolah berkenaan dapat dipertingkatkan. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 08. Untuk memastikan anak-anak muda kaum India dapat bersaing dan berjaya dalam arus utama pembangunan yang akan kami bawa, Kerajaan Pakatan Harapan akan melabur dalam skim-skim latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta program perantis (apprenticeship) yang berkesan untuk memastikan wujud laluan pekerjaan yag baik untuk warga India. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 09. Untuk mengekang gejala penyalahgunaan dadah dan alkohol dan kegiatan gangsterisme di kalangan anak-anak muda India, Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan dasar sosial kami adalah efektif dan inklusif. Ini akan memastikan anak-anak muda India tidak terpinggir daripada masyarakat sehingga mereka terjerumus dalam gansterisme dan masalah sosial lain. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 10. Kerajaan Pakatan Harapan akan memperkenalkan gaji minimum RM1,500 sebulan dalam penggal pertama pemerintahan kami dan ini secara langsung akan membantu warga India yang bekerja dalam kategori ini. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 11. Semua syarikat milik kerajaan (GLC), agensi-agensi kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, akan diarahkan meletakkan sasaran bahawa 10 peratus daripada bilangan pekerja baru mereka adalah dari kalangan komuniti India. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 12. Satu dana khas untuk pembangunan sosial dan ekonomi warga India akan dibentuk, dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion untuk 10 tahun pertama. Dana ini akan dikhaskan untuk membantu membangunkan masyarakat India dengan cara yang saksama. Modal awal dana ini akan dikumpul daripada sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan serta sumbangan syarikatsyarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta. Untuk memastikan dana ini boleh berkuatkuasa segera, Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi peruntukan awal segera berjumlah RM100 juta dalam belanjawan pertama kerajaan kami. Pengurusan dana ini akan melibatkan komuniti India secara menyeluruh, iaitu seperti model yang digunakan oleh SINDA Fund Singapura. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 13. Lembaga Wakaf Hindu juga akan ditubuhkan di peringkat negeri mengikut model Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. Pada peringkat awal, Pakatan Harapan akan menubuhkan Lembaga Wakaf Hindu ini di Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 14. Fokus segera yang akan diberikan ialah untuk memberi latihan dan membantu golongan ibu tunggal kaum India. Salah satu projek awal yang akan diperkenalkan ialah inisiatif mentor sepenuh masa untuk membimbing ibu tunggal India dalam bidang keusahawanan untuk membantu mereka membina kehidupan yang selesa. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 15. Kerajaan Pakatan Harapan akan menyediakan skim kredit-mikro dan skim bantuan kewangan lain yang sesuai kepada peniaga kecil komuniti India, dengan tumpuan khusus kepada wanita, anak muda dan perniagaan dari rumah. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 16. Kerajaan Pakatan Harapan akan menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama (Equal Employment Opportunity Commission) untuk menangani amalan pengambilan pekerja yang bersifat diskriminasi dan tidak adil di sektor awam dan juga sektor swasta. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 17. Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi peluang bagi kaum India menyertai projek-projek penerokaan tanah yang bermodelkan FELDA, FELCRA dan lain-lain lagi yang sesuai termasuk menyediakan sokongan kewangan dan kawal selia yang diperlukan kepada komuniti India untuk menyertai bidang pertanian terutamanya dalam ladang tenusu dan sayur-sayuran. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 18. Kerajaan Pakatan Harapan akan mempermudahkan proses mendapatkan lesen dan permit perniagaan dalam sektor perkhidmatan yang banyak disertai oleh kaum India, seperti sektor pengangkutan, logistik dan pusat kitar semula. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 19. Penganut agama Hindu memerlukan kawasan secukupnya untuk kuil dan tanah perkuburan. Kerajaan Pakatan Harapan akan menyediakan kawasan secukupnya untuk kuil dan rumah ibadat penganut agama Hindu, serta untuk tanah perkuburan. Sekiranya terdapat kuil atau tanah perkuburan yang terpaksa dipindahkan, Kerajaan Pakatan Harapan hanya akan melakukannya setelah berunding dengan komuniti yang terbabit dan memastikan kawasan gantian yang setimpal diberikan. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 20. Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis akan ditubuhkan dalam penggal pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Suruhanjaya ini akan diminta meneliti semua aduan tentang kematian dalam tahanan yang acap kali berlaku kepada warga India. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 21. Kementerian-kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, akan diarahkan meneliti dan menyelesaikan masalah kemiskinan bandar dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India. Kementerian-kementerian ini juga akan diarahkan melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang inklusif agar kaum India tidak ditinggalkan seperti yang sering dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 22. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengurangkan bilangan pekerja asing di Malaysia. Ini akan membolehkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, termasuklah kaum India, bertambah, dan mereka akan dapat bekerja dengan gaji minima baru iaitu sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan dalam penggal pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 23. Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan kesihatan seluruh negara, terutamanya di kawasan-kawasan ladang yang mempunyai ramai kaum India. Perkhidmatan kesihatan percuma ini akan memastikan kaum India yang memerlukan khidmat kesihatan akan dapat mengaksesnya apabila perlu. Start the discussion!
Belum Mula 2. Masyarakat India 24. Masalah pertukaran agama anak-anak bawah umur oleh ibu atau bapa secara unilateral telah beberapa kali melanda kaum India. Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil langkah segera untuk meyelesaikan isu ini dengan cara harmoni. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 1.1 Menjamin melalui sistem perundangan supaya wanita mempunyai hak yang sama untuk mendapat jumlah gaji yang sama bagi pekerjaan yang setara, serta peluang kenaikan pangkat yang telus. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 1.2 Memperkenalkan sistem belanjawan negara mengikut konsep Belanjawan Mesra Gender (Gender Responsive Budgeting). Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 1.3 Melaksanakan dasar dan program yang akan membawa ke arah mengoptimumkan kapasiti dan kadar guna tenaga wanita Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 1.4 Mewujudkan skim mikro-kredit yang sistematik untuk meningkatkan akses usahawan wanita kepada pasaran perniagaan yang lebih meluas. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 1.5 Mewujudkan dasar-dasar dan program-program khusus untuk meningkatkan pemilikan aset wanita, kadar pelaburan dan tabungan mereka. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 1.6 Memberi insentif kepada majikan untuk menyediakan kemudahan penjagaan anak sama ada di tempat kerja ataupun berhampiran tempat kerja. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 1.7 Membolehkan industri penjagaan domestik (domestic caregiving industry) berkembang agar wujud penjagaan berkualiti bagi warga emas yang memerlukan bantuan, ibu selepas bersalin, dan keperluan-keperluan lain Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 1.8 Cuti bersalin akan ditetapkan pada 90 hari. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 2.1 Merangka program kesedaran dan latihan khas bagi menangani masalah kesihatan mental dan kemurungan berpanjangan di kalangan wanita. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 2.2 Memperkenalkan program pendidikan amalan kesihatan wanita seperti aktiviti kesedaran gaya hidup sihat dan lain-lain yang sesuai. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 2.3 Memperbanyak program kesedaran kesihatan reproduktif di kalangan wanita pelbagai peringkat umur agar mereka boleh melindungi diri dan keluarga daripada risiko-risiko yang berbahaya. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 2.4 Melaksanakan kempen kesedaran awal untuk pemeriksaan pencegahan kanser serviks dan payudara, serta menjalankan program pemeriksaan mammogram dan pap smear di hospital-hospital kerajaan. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 2.5 Mewujudkan pusat khidmat setempat untuk membolehkan wanita membuat rujukan untuk menyelesaikan permasalahan dan isu-isu wanita di peringkat setempat. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 2.6 Memastikan perancangan bandar dan desa mengambil kira faktor keselematan bagi kaum wanita dan anak gadis. Start the discussion!
Sedang Berjalan 3. Wanita 2.7 Memperkenalkan skim KWSP untuk suri rumah. Caruman akan disumbangkan daripada caruman KWSP para suami yang bekerja pada kadar 2% sebulan yang tidak membebankan. Sebagai tanda penghargaan kepada suri rumah, Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi sumbangan caruman sebanyak RM50 sebulan kepada KWSP para suri rumah. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 2.8 Mewajibkan latihan dijalankan oleh majikan bagi menghapuskan gangguan seksual. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 3.1 Menerapkan falsafah Hormat Wanita dan kefahaman gender dalam silibus pendidikan di semua peringkat. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 3.2 Memperkenalkan konsep pendidikan sepanjang hayat agar wanita yang menangguhkan kerjaya untuk menjaga keluarga boleh melanjutkan pengajian dan latihan jika mereka mahu kembali bekerja. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 3.3 Memperkenalkan pendidikan jantina yang komprehensif bermula di sekolah menengah. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 3.4 Untuk embantu ibu-ibu yang mempunyai anak prasekolah, semua pusat pendidikan pra-sekolah yang kini diselia oleh pelbagai Jabatan dan Kementerian akan diletakkan di bawah satu bumbung yang dikenali sebagai Pusat Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Development Center). Subsidi yang berpatutan akan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Undang-undang Keluarga dengan tujuan meminda undang-undang melibatkan penceraian, nafkah dan hak penjagaan anak, bagi memastikan penyelesaian yang lebih efisien dan lebih adil kepada wanita. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 4.2 Menggubal undang-undang untuk menetapkan umur 18 tahun sebagai had umur minimum perkahwinan. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 4.3 Menyemak semula semua undang-undang berkaitan kesaksaman gender bagi memastikan setiap wanita menikmati kesamarataan undang-undang. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 4.4 Memperkenalkan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual untuk menghentikan gangguan seksual di semua peringkat. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 5.1 Menubuhkan Institut Latihan Politik dan Kepimpinan Wanita Malaysia untuk melatih dan melahirkan pemimpin wanita masa depan. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 5.2 Memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pembuat dasar di setiap peringkat adalah wanita. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 5.3 Menambahbaik sistem pemilihan parti politik dan pilihan raya agar penglibatan wanita boleh dipertingkat. Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 5.4 Memperkenalkan sistem audit penglibatan wanita di semua peringkat Start the discussion!
Belum Mula 3. Wanita 5.5 Membudayakan falsafah “wanita muda masa depan negara” sebagai tanggungjawab sosial utama dalam menggerakkan komuniti demi masa depan negara Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 1.1 Mencipta 1 juta pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan untuk anak muda dalam masa 5 tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 1.2. 200,000 pekerjaan yang akan dicipta itu akan diwujudkan di Sabah dan Sarawak Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 1.3 Menginstitusikan pemerkasaan anak muda melalui Dana Pemerkasaan dan Keusahawanan Anak Muda yang akan diberi peruntukan sebanyak RM 1 bilion setiap tahun. Dana ini boleh digunakan untuk membangunkan keupayaan anak muda terutama dalam sektor-sektor berikut: (1) Pertanian dan penternakan moden (2) Pembangunan pelancongan-eko di kawasan separa bandar dan luar bandar (3) Kesenian dan industri kreatif (4) E-sukan termasuk penghasilan permainan video dan bidang-bidang teknologi yang lain (5) Pengkomersialan platform media sosial, termasuk vlogger, influencer media sosial, dan penghasilan kandungan media sosial. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 1.4 Memperkenalkan dasar-dasar pentadbiran yang membolehkan setiap anak muda mencapai potensi penuh mereka. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 1.5 Kerajaan Pakatan Harapan akan membina lebih banyak lorong motosikal, tempat berteduh dan infrastruktur lain yang diperlukan Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.01 Memansuhkan GST dan tol agar anak muda tidak terbeban dalam perbelanjaan seharian. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.02 Menstabilkan harga petrol bagi mengembalikan wang anak muda ke poket mereka. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.03 Memperluas skim bantuan kesihatan seperti Skim Peduli Sihat yang kini dijalankan di Selangor, ke seluruh negara. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.05 Menurunkan kos internet jalur lebar ke paras separuh daripada sekarang, dan pada masa yang sama, mempertingkat kelajuannya sebanyak dua kali ganda, agar peluang yang lebih luas dapat dinikmati oleh anak muda. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.06 Memastikan akses internet berkelajuan tinggi ke semua pekan dan kampung di seluruh negara. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.07 Membatalan caj pembaharuan lesen motorsikal kepada anak-anak muda. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.08 Menambah sekurang-kurangnya 10,000 buah bas pengangkutan awam seluruh negara bagi memperbaiki keterhubungan pengangkutan awam. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.09 Memperkenalkan kad pengangkutan awam bulanan bernilai RM100 dengan penggunaan tanpa had untuk apa sahaja bentuk pengangkutan awam intra-bandar di Lembah Kelang dan di semua bandar di Malaysia. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.10 Memperkenalkan Insentif Perkahwinan Anak Muda sebanyak RM500 setiap pasangan bagi mereka yang berumur di bawah 35 tahun pada perkahwinan pertama mereka, seperti yang sedang kami laksanakan di Selangor sekarang. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 2.4 Peruntukan subsidi kesihatan RM500 untuk anak muda yang mempunyai pendapatan isirumah di bawah RM3,000 sebulan. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 3.1 Membina 1 juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh dua penggal pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 3.2 Memperkembang skim sewa-beli ke seluruh negara, termasuklah bagi rumah-rumah yang dibina oleh pemaju swasta. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 3.3 Mewujudkan skim khas untuk membolehkan anak muda mengakses pinjaman perumahan untuk rumah pertama dengan lebih mudah. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 4.1 Menjamin pendidikan awam percuma yang lebih baik di setiap peringkat, bermula di pra-sekolah, sekolah rendah, menengah dan juga pendidikan tinggi. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 4.3 Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 4.4 Memupuk pemikiran kreatif, kritis dan analitis generasi muda serta mempersiapkan mereka dengan kemahiran sosial, sivik dan kepimpinan. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 4.5 Membebaskan guru-guru daripada bebanan birokrasi supaya mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas mereka mendidik generasi masa depan Malaysia. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 4.6 Memperluas program intervensi awal berkualiti tinggi untuk kanak-kanak kelainan upaya. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 4.7 Menyediakan biasiswa bagi anak muda dari keluarga peneroka FELDA untuk tujuan pendidikan menengah dan pendidikan tinggi. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 4.9 Memperluas aliran TVET dengan lebih tersusun, bermula dengan memperkembangkan aliran German Dual Vocational Training (GDVT) ke seluruh negara. Melalui skim ini, syarikat-syarikat akan diberi bayaran untuk menjalankan latihan-dalam-pekerjaan bagi penuntut aliran TVET agar lebih ramai anak muda mendapat faedah. Start the discussion!
Berjaya Ditunaikan 4. Anak Muda 5.1 Menawarkan siaran percuma melalui RTM semua liga sukan utama seluruh dunia, termasuk Liga Perdana Inggeris, untuk pasukan yang diminati ramai. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 5.2 Membina laluan basikal di bandar-bandar seluruh Malaysia melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 5.3 Membina 100 lagi kawasan rekreasi hijau di seluruh negara, termasuk sekurang-kurangnya 10 taman air dan sukan lasak. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 5.4 Membina litar lumba di kawasan-kawasan tertentu bagi membantu anak muda yang gemarkan sukan bermotor untuk berlumba dengan selamat. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 5.5 Membina “stadium” e-sukan dengan infrastruktur yang lengkap bagi membantu anak muda yang berpotensi untuk memajukan diri dalam bidang terbabit. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 5.6 Memberi sokongan untuk pembangunan infrastruktur sukan eko seperti memanjat gunung, berbasikal rentas desa, perlumbaan berhalangan dan sukan-sukan lain sukan yang sesuai di kawasan-kawasan terpilih di seluruh negara. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda 5.7 Menggalakkan perkembangan kegiatan seni dengan mencontohi kejayaan George Town Festival di Pulau Pinang dalam mengadakan festival kesenian peringkat negeri yang inklusif untuk semua rakyat Malaysia. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda Memberi elaun sara hidup kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mendapat tempat ke pusat pengajian tinggi awam. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam. Start the discussion!
Belum Mula 4. Anak Muda Mengambil alih skim penyelenggaraan di kawasan perumahan kos rendah demi mengurangkan bebanan penduduk. Start the discussion!
Belum Mula 5. Warga Emas 1. Memberikan potongan cukai pendapatan untuk semua warga emas yang sedang bekerja, termasuk mereka yang membuat keputusan untuk kembali bekerja selepas persaraan. Start the discussion!
Belum Mula 5. Warga Emas 3. Memberi subsidi dan insentif untuk menggalakkan pembinaan kawasan kediaman persaraan (retirement villages) yang boleh menjamin kualiti hidup yang baik untuk warga emas. Start the discussion!
Belum Mula 5. Warga Emas 4. Menambah peruntukan kepada hospital-hospital awam untuk penjagaan kesihatan warga emas. Start the discussion!
Belum Mula 5. Warga Emas 5.Menyusun semula dasar kerajaan agar dapat ditingkatkan sektor ekonomi penjagaan (caring economy), termasuklah dengan cara mewujudkan pensijilan di IPTA dan IPTS khusus untuk jagaan dan keperluan kesihatan warga emas. Start the discussion!
Belum Mula 5. Warga Emas 6. Menambah bilangan Pusat Aktiviti Warga Emas. Start the discussion!
Belum Mula 5. Warga Emas 7. Memberi penghargaan RM150 kepada setiap warga emas (60 tahun ke atas) seperti yang diamalkan di negeri Pulau Pinang sekarang Start the discussion!
Belum Mula 5. Warga Emas Memperkenalkan undang-undang anti diskriminasi umur supaya mana-mana majikan yang mendiskriminasi warga emas semata-mata kerana umur mereka akan dihukum dengan setimpal. Start the discussion!
Berjaya Ditunaikan 01. Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat. Start the discussion!
Sedang Berjalan 02. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar Start the discussion!
Belum Mula 03. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA Start the discussion!
Sedang Berjalan 04. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah Start the discussion!
Belum Mula 05. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum. Start the discussion!
Sedang Berjalan 06. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam. Start the discussion!
Belum Mula 07. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 Start the discussion!
Sedang Berjalan 08. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka Start the discussion!
Belum Mula 09. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40. Start the discussion!
Sedang Berjalan 10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projekprojek mega yang dianugerahkan kepada negara asing. Start the discussion!