Iltizam Khusus 2. Masyarakat India

06. Untuk memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat India, Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah pelajar India di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan di Maktab-Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara. Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak India dari keluarga berpendapatan rendah, keluarga yang bekerja di ladang-ladang, dan mereka yang termasuk dalam kategori miskin bandar.

Buku Harapan Muka 169 May 10, 2018
Belum Mula